|
|
|

"Everyone jealous of my
success!"
PORTAL RASMI USAHAWAN
NEGERI SABAH.
Sebenarnya masih dalam pembikinan ba nih laman web, sebab sy ni
selalu telampau sibuk, daripada kosong bagus sy share
sikit-sikit sejalah dulu...apa pun selamat datang ke
www.usahawansabah.com.
Terima KasIh.
Tujuan web ini dibangunkan
adalah untuk menyedarkan diri bahawa perniagaan adalah sesuatu yang
boleh menjana WANG iaitu keuntungan yang tiada hadnya,
terpulang pada individu tersebut untuk bagaimana cara ia menguruskan
perniagaan nya supaya boleh mengaut keuntungan yang banyak dan juga
kita mau berkongsi dengan rakyat jati sabah untuk membuka peluang
perniagaan kepada bidang yang minati atau kemahiran yang dimilikinya
yang boleh menjaminkan keuntungan serta adalah yang paling penting
dalam perniagaan adalah boleh mencipta idea baru dan bernas.Kita
juga mau kongsi bagaimana untuk memulakan perniagaan, dan
macam-macam info lagi yang boleh kami kongsi...asal daripada yang
"zero" buleh jadi Usahawan Sabah, tetapi kalo mula berniaga mestilah
kita bermula dari akar hingga hujung daun yang paling atas,
maksudnya bermula dari bawah la bah ni.
Zaman sekarang ramai orang nak mulakan perniagaan sendiri dengan
niat hendak mengubah taraf hidup yang lebih senang, tetapi sebelum
kita nak masuk ke alam perniagaan mestilah kita mengenali
sifat-sifat semulajadi alam perniagaan iaitu antaranya Risiko,
Cabaran, Musibah, Masalah kewangan, Masalah pelanggan, Masalah
pengurusan, Masalah peribadi (keluarga,kawan,isteri, ibubapa),
Masalah untuk membuat keputusan dan banyak lagi. Dan ciri-ciri yang
perlu ada dalam diri si Peniaga untuk mengenali dan membiasakan diri
di alam perniagaan mestilah mempunyai sifat-sifat seperti
SABAR, BERANI, TABAH, TEKUN, USAHA GIGIH,
TAHAN TUKUL, TIDAK MUDAH MENGALAH ATAU BERPUTUS ASA, TAHU MEMBUAT
KEPUTUSAN YANG TEPAT, MEMPUNYAI DAYA PEMIKIRAN YANG SANGAT KREATIF
DALAM MENCIPTA IDEA DAN BOLEH MENGATASI SESUATU MASALAH DENGAN
PANTAS, TIDAK CEPAT MERAJUK, SUKA MEMBUAT SESUATU YANG SANGAT
MENCABAR.MEMPUNYAI KARISMA YANG MENARIK DI DALAM MENGURUSKAN
PERNIAGAAN, TIDAK MUDAH LUPA DIRI DAN LAIN-LAIN LAGI.
Jika ada mempunyai ciri-ciri yang diatas, na yung.....buli sudah tuh
bus. Memang ada harapan la tuh jadi Jutawan yang termasyur di Negeri
Sabah nih...kalo kamu inda sedar yang kamu ada memiliki sifat2
diatas...tanya2 la kawan yg rapat sama kamu....kalo 60% ada dari
ciri-ciri tuh....buli sudah tuh buat business...selebihnya tuh boleh
dibina perlahan-lahan.
Persoalan dibawah ni adalah
soalan lazim dari dalam fikiran kita sebelum nak berniaga,
Jawapannya anda fikitkan dulu ...nanti kami akan sediakan jawapan
nya khas untuk bakal Usahawan Sabah...
1. Apa business yang nak
dilakukan?
2. Bagaimana nak mulakan perniagaan?
3. Bagaimana nak mulakan perniagaan tanpa modal, ilmu dan pengalaman?
4. Bagaimana nak kikis rasa SUSAH untuk berniaga?
5. Peredaran perubahan Tahap Perniagaan peniaga, Permulaan
Perniagaan, Pertengahan Kejayaan
dan Tahap Kemuncak Kejayaan, bagaimanakah kita hendak
menyesuakan diri didalam
ketiga-tiga tahap tersebut?
BADAN PINJAMAN UNTUK USAHAWAN DI SABAH MALAYSIA
Maklumat lengkap 54 jenis pinjaman perniagaan di Malaysia dan Cara
Memohon Pinjaman Dalam bentuk dokumen MS word . Lengkap dgn syarat
kelayakan, prosedur permohonan , contact info. Dibawah adalah
senarai pinjaman perniagaan yang terdapat didalam nya Pinjaman Bagi
Tabung-tabung Khas
• Francais Belia
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Kemudahan Bantuan Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Modenisasi Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Pembiayaan "Malaysia Kitchen"
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Kontrak Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Projek Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Tekun
Yayasan Tekun Nasional (YTN)
• Modal untuk Usahawan Koperasi (MUSK)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Agrobank Malaysia
• Pinjaman Mudah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Belia Niaga
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Skim Belia Tani - i (SBT-i)
Agrobank Malaysia
• Skim Francais Eksekutif
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim Khas Pembiayaan Penjenamaan Antarabangsa
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Kredit Padi (SKP)
Agrobank Malaysia
• Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM)
Agrobank Malaysia
• Skim Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Agrobank Malaysia
• Skim Modal Asas (Batik Dan Kraf)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Modal Usahawan Tani
Agrobank Malaysia
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
• Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Kaum India (SPEDI)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Filem Cereka
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Pembiayaan Francais PNS
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim Pembiayaan Hutang
Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
• Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
• Skim Pembiayaan LITS (Low Intensity Tapping System)
Agrobank Malaysia
• Skim Pembiayaan Mudah Pembangunan Automotif
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pembiayaan Perniagaan MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
• Skim Pemborong PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK)
Bank Negara Malaysia
• Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Modenisasi
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pinjaman Mudah bagi Penempatan Semula Kilang (SLFR)
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Skim Pra-Francais
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Skim PROSPER Siswazah
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Runcit PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Skim Tanaman Semula Kelapa Sawit (TASKS)
Agrobank Malaysia
• Skim Tanmiah 1 (PROGRAM THIRD WINDOW)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Tanmiah 2 (PROGRAM INDUSTRI STRATEGIK)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)
Agrobank Malaysia
• Tabung Industri Kecil & Sederhana ke 2 (TIKS2)
Agrobank Malaysia
• Tabung Industri Kecil Dan Sederhana 2 (TIKS 2)
Bank Negara Malaysia
• Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIF)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Khas Pelancongan 2 (SFT 2)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Tabung Pembangunan ASEAN-Japan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
• Tabung Perkapalan
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Projek Usahawan Bumiputera
Bank Negara Malaysia
• Tabung Teknologi Tinggi
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
• Tabung Untuk Makanan (3F)
Agrobank Malaysia
• Tabung Untuk Makanan
Bank Negara Malaysia
• Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2)
Bank Negara Malaysia
• Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Bantuan Kewangan
Bank Negara Malaysia:
53. Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2)
Objektif
Menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang bersaiz
kecil dan sederhana dalam memastikan syarikat-syarikat ini mendapat
akses pembiayaan pada kos yang berpatutan.
Kadar pembiayaan maksimum : 4% - 6% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : RM5 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
* Semua bank perdagangan dan bank Islam
* Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malayisa Berhad (SME Bank)
* Malaysian Industrial Development Finance Berhad
Syarat kelayakan
- Institusi perniagaan yang disasarkan adalah berdasarkan kepada
definisi PKS [Pautan]. Dana pemegang
saham tidak melebihi RM2 juta
- Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan
syarikat berkaitan dengan
Kerajaan tidak melebihi 20%
- Institusi 100% hak milik Bumiputera yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993,
Akta Pertubuhan 1966, Bumiputera yang bermastautin di Malaysia dan
usahawan Bumiputera yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa
yang lain
- Rekod prestasi perniagaan PKS adalah tidak melebihi daripada tujuh
(7) tahun. Walau bagaimanapun,
institusi kewangan pelaksana boleh memberi pertimbangan terhadap
permohonan pembiayaan daripada
PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun
Tujuan pembiayaan pinjaman
* Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran
* Modal kerja atau kedua-dua sekali
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
* Pembelian saham
* Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
* Pembelian tanah / pelaburan hartanah
* Pembangunan harta benda
* Membiayai aktiviti syarikat pemegang pelaburan
* Membiayai aktiviti perniagaan yang melibatkan duit sebagai stok
barangan (termasuk
perniagaan kredit, pemajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans)
* Membiayai aktiviti perniagaan dalam sektor bukan ekonomi termasuk
perniagaan yang menggalakkan
aktiviti perjudian, karaoke, hiburan dan penjualan arak
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor ekonomi / Semua jenis pembiayaan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan
pelaksana. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa
dan keperluan cagaran oleh institusi kewangan pelaksana yang
berkenaan
Sebelum kita nak membuat pinjaman mestilah kita menyediakan kertas
kerja atau rancangan perniagaan terlebih dahulu, untuk meyakinkan
Bank atau Badan-badan tertentu untuk memastikan perniagaan yang
dirancang boleh menguntungkan dan pinjaman boleh dibayar semula
dengan lancar.
Jika anda mempunyai masalah untuk membuat rancangan perniagaan
silalah hubungi saya 0168342055 Nazri.
|
|